Carilah pasangan & sahabat yang jadikan kita lebih baik, bukan lebih kufur -Nora Danish

EntertainmentLifestyle
1 Feb 2026 • 2:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Nora Danish berkongsi hantaran di media sosial berkenaan nasihat dalam memilih pasangan hidup dan sahabat agar menjadikan kita lebih baik di masa hadapan.

Nora Danish beri nasihat untuk diri sendiri

Menerusi posting yang dibuat di Threads, Nora atau nama sebenarnya, Nora binti Mohd Danish Hanif, 43, menyatakan nasihat tersebut merupakan peringatan untuk dirinya juga agar berfikir sebelum membuat sebarang penilaian atau tindakan.

“Carilah pasangan hidup dan sahabat yang sama-sama menegur untuk menjadi lebih baik, bukan sama naik atau menjadi kita lebih kufur,” tulisnya.

image is not available

Nora Danish pesan supaya husnuzon

Dalam pada itu, Nora tulis menyatakan ‘lens’ perlu ditukar agar cara pandangan kita untuk sesuatu hal lebih positif dan melihatnya dengan mata hati supaya hati menjadi tenang.

“Lens kena tukar -Cara kita melihat sesuatu perkara. Pandang dengan mata hati. Nescaya hati jadi lebih tenang,” ujarnya lagi.

image is not available

Sahabat & pasangan adalah cerminan diri

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan perkongsian selebriti cantik berkenaan.

Masing-masing merasakan lebih elok mencari pasangan yang sama-sama berusaha menjadi lebih baik, bukan sebaliknya.

image is not available

Kena tukar cara pandangan kita

image is not available

Peringatan yang baik untuk diri

image is not available

Artikel lain: Nora Danish enggan ulas ciapan bekas suami – “Tak rasa dia tuju pada saya..”

Sekadar info, Nora Danish pernah mendirikan rumah tangga  dengan ahli perniagaan Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada tahun 2006 dan bercerai pada 2008, hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal. 

Dia kemudian berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 selama tujuh tahun dan dikurniakan cahaya mata Mohamed Neqayl Nedim sebelum berpisah secara baik pada 19 Jun 2024.

Sumber: Threads noradanish