Carro Menyasarkan Penyenaraian IPO Seawal 2026 Dengan Nilai Syarikat Mencapai Lebih $3 Bilion

Cars
7 Aug 2025 • 10:14 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Carro, yang dahulunya mengoperasikan jenama MyTukar di Malaysia, kini dilaporkan sedang bersedia untuk menyenaraikan syarikat di bursa Amerika Syarikat seawal 2026 kelak. Melaluinya, Carro menyasarkan penilaian syarikat mencapai lebih $3 bilion.

image is not available

Carro yang diasaskan pada 2015, menawarkan perkhidmatan memfokuskan kenderaan, termasuk menjual kenderaan terpakai, selain menawarkan sejumlah perkhidmatan yang bersesuaian dengannya. Salah satu pesaing terdekat mereka di rantau ini adalah Carsome.

Carro berpusat di Singapura, dan beroperasi di sejumlah negara, termasuk Malaysia, Indonesia dan Thailand. Di Malaysia, Carro juga turut menjual kenderaan elektrik, termasuk merupakan pengedar rasmi Zeekr. Selain itu, mereka juga diberikan lesen MV15 untuk tujuan pemeriksaan kenderaan.

Dana yang diraih melalui penyenaraian syarikat dijangka digunakan dalam terus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam arena automotif ini, dan turut memperkembangkan syarikat mereka. Pihak Carro tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan hal ini buat masa ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved