TNG Digital Kini Mencapai Status Unikorn – Nilai Pasaran Melangkaui $1 Bilion

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2025 • 11:47 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TNG Digital, syarikat sebalik dompet digital Touch n Go eWallet, kini telah pun mencapai status “unikorn”, iaitu nama jolokkan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang mencapai nilai pasaran melangkaui $1 bilion.

image is not available

TNG Digital merupakan anak syarikat CIMB melalui pemilikan Touch n Go yang memegang 45.01% pada syarikat berkenaan. Disamping itu, TNG Digital juga mempunyai beberapa pelabur lain, termasuk AIA Berhad, Lazada, dan juga Ant Financial serta Alipay.

Pada hari ini, lebih 23 juta pengguna menggunakan dompet digital TNG eWallet, dan pada tahun ini, TNG eWallet telah memastikan semua pengguna disahkan identiti untuk menggunakan platform berkenaan. Selain angka pengguna tinggi, penerimaan dompet digital berkenaan juga lebih meluas berbanding pelbagai pesaing lain di pasaran. Pada masa yang sama, ia turut dikongsikan TNG Digital telah mencapai fasa keuntungan pada awal tahun ini, selepas sekian lama mencatatkan kerugian operasi.

Buat masa ini, ia dikatakan tiada perancangan untuk menyenaraikan TNG Digital di Bursa Malaysia. Namun, langkah berkenaan mungkin dibincangkan dan diperlihat dalam masa beberapa tahun akan datang.