Cas EV Di Pulau Pinang Dengan Mudah, ChargeSini Kini Dalam Aplikasi PEARL 2.0

LocalTechnology
1 Sep 2025 • 5:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memperkenalkan versi terkini platform digital serba guna, PEARL One Touch Penang 2.0, yang hadir dengan antara muka (interface) yang lebih kemas dan lebih banyak perkhidmatan. Inovasi ini bertujuan memudahkan urusan harian penduduk, perniagaan dan pelancong di negeri ini.

Integrasi Pengecas EV ChargeSini

image is not availableimage is not available

Ciri utama kemas kini kali ini adalah integrasi sistem pengecas kenderaan elektrik (EV) ChargeSini ke dalam aplikasi, sejajar dengan aspirasi kerajaan Persekutuan dan negeri untuk memacu mobiliti hijau. Pengguna kini boleh mencari dan membuat pembayaran secara terus untuk stesen pengecas EV di seluruh Pulau Pinang melalui aplikasi ini, menjadikan penggunaan kenderaan elektrik lebih praktikal dan mudah.

Pulau Pinang Capai 600 Pengecas EV

Kerajaan Malaysia menyasarkan untuk menyediakan 10,000 pengecas EV menjelang akhir tahun 2025, setakat ini, Pulau Pinang telah mencapai 600 unit, separuh daripadanya di bawah pengurusan MBPP. Jumlah tersebut berjaya dicapai negeri ini melalui usaha proaktif MBPP yang telah mengubah suai ruang letak kereta sedia ada, termasuk kawasan tepi jalan dan kompleks MBPP menjadi tempat pengecas EV.

image is not available

Sehingga Januari 2025, sebanyak 52 pengecas telah dipasang di 26 lokasi termasuk 50 unit pengecas pantas DC (DCFC) 60kW dan dua unit pengecas AC 22kW. Pada April, sebanyak 48 unit pengecas sudah mula beroperasi, manakala empat lagi masih menunggu pengaktifan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengambil masa agak lama.

Kos Pengecasan

image is not availableimage is not available

Harga pengecasan di lokasi berkenaan ialah RM1.09 per kWj bagi pengecas AC dan RM1.39 per kWj untuk pengecas pantas DC, yang mana pembayaran boleh dibuat dengan mudah menggunakan aplikasi PEARL.

Fasa Kedua & Perancangan Masa Depan

image is not available

MBPP sedang merancang pemasangan fasa kedua dengan tambahan 27 lokasi yang dijangka siap menjelang Disember 2025. Langkah ini penting bagi memenuhi pertambahan penggunaan EV serta memastikan negeri ini mempunyai infrastruktur pengecasan yang cukup.

PEARL 2.0 Platform Pelbagai Fungsi

Selain fungsi pengecasan EV, PEARL 2.0 kekal menjadi platform sehenti bagi perkhidmatan elektronik MBPP serta ciri-ciri gaya hidup lain, selaras dengan visi MBPP menjadikan Pulau Pinang lebih pintar, hijau dan inklusif seperti yang disasarkan dalam agenda Penang2030.