Empat sekeluarga sesat di Berapit Hill Trail ditemukan selamat

24 Aug 2025 • 10:33 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUKIT MERTAJAM: Empat ahli keluarga mengalami detik cemas selepas sesat lebih tiga jam ketika mendaki di Berapit Hill Trail sebelum berjaya diselamatkan pihak bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.08 malam memaklumkan sepasang suami isteri dan dua anak mereka sesat di kawasan hutan tersebut.

“Mereka dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti pendakian di kawasan itu dan difahamkan keluarga tersebut telah mendaki bermula 6 petang, sebelum gagal menemui laluan untuk turun semula ke kaki bukit serta bertindak menghubungi pihak berkuasa.”

“Kesemua mereka telah ditemukan dalam keadaan selamat pada 10.09 malam oleh anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat, sebelum seterusnya dibawa turun ke kaki bukit.”

Beliau berkata operasi itu dijalankan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, dibantu Pasukan Bomba Sukarela Bukit Mertajam tamat sepenuhnya pada 10.58 malam. – Bernama