Cas EV Sementara Beli-Belah – ChargeSini Kini Di Bangi Gateway & Q Sentral

LocalTechnology
26 May 2025 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Penyedia infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) tempatan, ChargeSini, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali pengecas EV (CPO) terbesar negara dengan pembukaan dua lagi stesen baharu minggu lalu.

Lokasi Strategik: Q Sentral dan Bangi Gateway Mall

Dua lokasi baharu stesen pengecasan ChargeSini itu terletak di Lembah Klang iaitu Q Sentral, Kuala Lumpur dan Bangi Gateway Mall, Selangor.

image is not available

Di Q Sentral, stesen ChargeSini ditempatkan di Aras 3 Parkir Musim, Tiang D10, yang terdiri daripada satu pengecas AC 22 kW dan satu pengecas DC 40 kW dengan dua nozel CCS2. Jika digunakan secara serentak, kuasa DC sebanyak 20 kW diagihkan kepada setiap kenderaan.

image is not available

Sementara itu, stesen di Bangi Gateway Mall ditempatkan di Petak Parkir Pelawat 361, 362 dan 363, dilengkapi dengan pengecas DC 60 kW dua nozel.

Kadar Caj Berbeza Mengikut Lokasi

ChargeSini mengenakan kadar caj berbeza di kedua-dua lokasi yang mana di Q Sentral caj yang dikenakan ialah RM1.29/kWj untuk DC dan RM1.09/kWj untuk AC, manakala pengecas DC di Bangi Gateway Mall pula ditetapkan pada kadar RM1.39/kWj.

Setiap sesi pengecasan memerlukan bayaran minimum RM5. Pengguna diberikan tempoh kelonggaran selama 15 minit untuk mengalihkan kenderaan selepas pengecasan selesai sebelum caj kelewatan RM2 setiap lima minit dikenakan.

Sistem Sekat Parkir & Kawalan Melalui Aplikasi

image is not available

Bagi mengelakkan parkir disalah guna oleh kenderaan bukan EV, ChargeSini turut memasang penghadang parkir automatik. Pengguna boleh menurunkannya melalui aplikasi ChargeSini, memastikan ruang kekal eksklusif untuk pemilik EV.

Kini 935 Titik Pengecasan Seluruh Negara

image is not available

Dengan penambahan dua stesen ini, ChargeSini kini mengendalikan sebanyak 935 titik pengecasan di lebih 400 lokasi di seluruh Malaysia (nombor yang dinyatakan AGMO kurang tepat), menjadikannya antara pengendali dengan jumlah pengecas yang tertinggi di negara ini.