Casablanca trending! Jadi Siulan Peminat, Pempengaruh Luar Negara

Music
15 Jul 2022 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin mencuri tumpuan. - Gambar ihsan Universal Music

Siapa sangka lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin begitu mencuri tumpuan sehingga menjadi tular tidak hanya di Malaysia malah turut menjadi siulan pempengaruh luar negara. 

Lagu itu mencipta  sejarah  apabila  menjadi  lagu pertama tempatan  yang  paling  tular  dengan  menduduki  tangga  teratas carta Spotify Viral 50 Global, serta Spotify Viral 50  Indonesia. 

Ia juga  menduduki  tempat ke-13 Spotify Top 50 Indonesia di penstriman muzik Spotify selain mendapat tempat pertama di aplikasi JOOX bagi kategori Malay Hits. Manakala di   aplikasi Apple Music Top 100, Casablanca menduduki tempat kedua.

Lagu ciptaan Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh  dan  Daqmie itu juga telah mendapat 5 juta tontonan menerusi saluran YouTube Masyhur.

Penyanyinya, Nuha tidak menjangka  lagu  itu akan mendapat  tempat  yang  hebat  dalam kalangan peminat di Indonesia. 

“Perasaan  saya sangat  terkejut sebab  tak  menyangka lagu  Casablanca sudah  sampai ke tahap ini, dan  dalam  masa  sama saya teruja  dengan  projek  yang  akan  datang.  Pendek  kata,terkejut, teruja dan sangat gembira.

“Apa yang kami dapat sekarang serta sokongan yang diperoleh bukan saja dari peminat tanah air tapi juga daripada Indonesia dan Brunei yang kami tidak menjangkakan sama sekali. Saya amat bersyukur,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

image is not available

Sementara itu, Naufal bersyukur dengan sambutan diberikan selain tidak pernah menjangka lagu ini boleh   mencetuskan   fenomena   luar   biasa. 

“Kami  sudah  buat  yang  terbaik,  dan  menyerahkan  segalanya  kepada Yang  Maha  Esa. Alhamdulillah  Tuhan  beri  kami  rezeki  yang  tidak  dijangka.  Terima  kasih  Malaysia  dan Indonesia,” katanya.

Tahniah kami ucapkan kepada Naufal dan Nuha atas kejayaan ini! - Getaran, 15 Julai 2022