Siri animasi Powerpuff Girls menyambut ulang tahun ke-25 mereka tahun ini. Siapa sangka kartun comel yang amat popular ini sudah berusia suku abad. Bagi menyambut ulang tahun bersejarah ini, Casio melancarkan jam tangan edisi khas Baby G+Plus The Powerpuff Girls.

Jam tangan ini mempunyai rekaan ikonik watak Bubbles, Blossom dan Buttercup pada bahagian tali dan juga panel belakang jam. Pada muka jam pula, rekaan ikonik jantung Powerpuff Girls dapat dilihat. Jam ini adalah berasaskan jam tangan BGD-10K. Oleh itu ia tahan lasak, boleh dibawa menyelam sehingga tekanan 10 bar, paparan waktu 30 bandar, jam randik dan sistem lampu Illuminator.

Keunikan lain ialah bahagian badan jam boleh ditanggalkan daripada tali jam dan dimasukkan ke dalam kerangka khas berwarna merah jambu yang membuatkan ia turut boleh menjadi sebuah jam yang boleh digantung dari pergelangan tangan.
Kerana ianya adalah jam edisi khas, pihak Casio turut menghasilkan beberapa pelekat khas. Di Malaysia Baby G+Plus The Powerpuff Girls dijual pada harga RM649 seutas bermula 8 Ogos depan.



