Casio G-SHOCK G-D001 Yang Direka Menggunakan AI Dilelong Pada Harga RM 1.87 Juta

TechnologyDigital
11 Dec 2023 • 2:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sempena ulang tahun G-SHOCK yang ke-40, Casio menghasilkan G-SHOCK G-D001 yang direka dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) dengan tubuh diperbuat daripada emas. Ia adalah sebuah inisiatif Dream Project #2 yang sebelum ini turut melancarkan sebuah jam tangan yang juga diperbuat daripada emas tetapi hanya 35 dihasilkan. G-SHOCK G-D001 telahpun dilelong pada hujung minggu lalu pada harga $400,050 (~RM 1.87 juta).

image is not available

Hanya satu G-SHOCK G-D001 dihasilkan dengan menggunakan emas kuning 18K dan inilah sebab mengapa jam tangan edisi khas ini mencecah harga yang tinggi. Untuk menghasilkan rekaan akhir, kecerdasan buatan dilatih menggunakan data rekaan G-SHOCK selama empat puluh tahun.

Ia masih lagi tahan lasak boleh dibawa menyelam sehingga 200 meter, tahan hentakan, hadir dengan sistem pengecasan solar, sistem waktu automatik Multiband 6 dan sistem lampu Illuminator yang sinonim dengan peranti G-SHOCK.

image is not available

Pembeli yang berjaya membida jam ini akan hanya menerima G-SHOCK G-D001 pada Q1 2024 kerana yang wujud sekarang masih sekadar sebuah prototaip. Ia akan hadir dalam kotak khas berwarna emas yang dilengkapi lampu bagi membolehkan ia dipamerkan oleh pembeli. Malahan ketika di Bali tempoh hari sebuah jam olok-olok G-D001 dapat kami lihat sendiri.

image is not available