Casio Hadir Dengan Robot Peliharaan Berbulu Untuk Jadi Peneman

TechnologyDigital
13 Oct 2024 • 8:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hari ini, ramai mempunyai haiwan peliharaan sebagai peneman, termasuk kucing, mahupun tikus hamster. Menyedari pasaran berkenaan, kini Casio yang terkenal dengan penawaran jam tangan, hadir dengan sebuah robot peliharaan dinamakan Moflin.

image is not available

Moflin dilihat sebagai robot peliharaan bersaiz kecil yang ingin menjadi peneman pengguna, senang dipeluk dan dipegang. Casio mengatakan Moflin mengintegrasikan sokongan kebolehan mempelajari kelakuan pemiliknya, dan seterusnya memberikan ekspresi berkaitan dalam bentuk pergerakkan dan juga bunyi.

image is not available

Robot berkenaan turut diprogramkan untuk membentu personaliti tersendiri dari semasa ke semasa, sekaligus memberikan keunikkan padanya. Ia juga akan kekal gembira dan tenang apabila pemiliknya kerap berinteraksi, dan sekiranya sebaliknya, maka ia akan mula menjadi sedih dan tertekan.

Di Jepun, Casio menawarkan robot ini pada harga ¥59,400, iaitu sekitar RM1,700.