Casio Memperkenalkan Kalkulator Solar Baharu Dengan Rekaan Seakan SmartTAG

TechnologyDigital
17 Jan 2025 • 12:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Estetika meja kerja yang ringkas, tenang atau untuk sesetengah orang ceria dengan warna-warni adalah penting untuk mood dan menjadi lebih produktif. Disebabkan itu banyak alat tulis, gajet, hiasan untuk meja dan pelbagai aksesori dikeluarkan. Misalnya Xiaomi dengan Mi Calculator sejak pada tahun 2018 lagi. Terbaru, Casio turut menyedari betapa pentingnya estetika tempat kerja.

Casio Comfy JT-200T adalah kalkulator dengan kuasa solar baharu. Biasanya panel solar kalkulator diletakkan pada atas skrin di permukaan hadapan. Untuk siri Comfy baharu ini, ia menggunakan rekaan seakan SmartTAG dengan panel solar berada di bahagian atas kalkulator.

image is not available

Ini menawarkan rekaan lebih minimal seperti hanya fokus pada skrin dan kekunci-kekunci penting. Bukan itu sahaja, Casio turut menawarkan Comfy JT-200T dengan pelbagai pilihan warna seperti hijau kelabu, biru kelabu, merah jambu kelabu dan banyak lagi.

image is not available

Menurut Casio, kalkulator ini dilancarkan sempena ulang tahun ke-60 kalkulator pertama mereka pada tahun 1965. Walau bagaimanapun ia menggunakan rekaan muka taip Casio Mini yang diperkenalkan pada tahun 1972. Comfy JT-200T ini dibina dengan plastik dikitar semula serta mika, belakang ada kaki untuk mudah digunakan di permukaan rata dan ia menggunakan skrin LCD 12-digit.

Comfy JT-200T adalah kalkulator dengan fungsi kiraan asas yang dijual pada harga ¥3,850 iaitu seakan RM111.