Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Januari 2025

3 Jan 2025 • 4:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rancang Bulan Anda Dengan Acara Menarik Di Sarawak

Ini Senarai Acara Menarik Di Sarawak Sepanjang Bulan Januari 2025. Bulan Januari 2025 bakal menjadi bulan yang penuh warna-warni di Sarawak dengan pelbagai acara menarik yang menanti anda.

Jika anda mencari sesuatu untuk dilakukan, berikut adalah senarai acara yang tidak boleh dilepaskan:


1. Let’s Sketch: DREAMWEAVER the Musical

Tarikh: 5 Januari 2025
Masa: 1:30 – 3:00 petang
Lokasi: Auditorium, Old Courthouse, Kuching

image is not available

Bagi peminat seni dan teater, acara ini memberikan anda peluang untuk melukis di belakang tabir pementasan musikal DREAMWEAVER. Saksikan keindahan seni persembahan sambil mengasah bakat lakaran anda. Aktiviti ini dianjurkan oleh Urban Sketchers Kuching, jadi jangan lepaskan peluang untuk turut serta!


2. Cars and Feast 2025

Tarikh: 4 Januari 2025
Masa: Sepanjang hari
Lokasi: Cafe Hideout, Pending

image is not available

Acara ini sesuai untuk peminat kereta dan makanan. Nikmati hari penuh keseronokan bersama komuniti pencinta kereta sambil menikmati hidangan BBQ dan muzik santai.


3. Konsert Boney M 50th Anniversary Tour

Tarikh: 4 Januari 2025
Masa: 8:00 malam
Lokasi: Borneo Convention Centre Kuching (BCCK)

image is not available

Legenda muzik disko Boney M akan menggegarkan Kuching dalam jelajah ulang tahun ke-50 mereka. Dimeriahkan lagi dengan pembukaan oleh kumpulan tempatan At Adau yang membawa sentuhan tradisional unik.


4. Total Chaos Live in Kuching

Tarikh: 12 Januari 2025
Masa: 1:00 – 4:00 petang
Lokasi: Turtles JR, Kuching

image is not available

Peminat muzik punk, bersiap sedialah untuk persembahan mantap daripada Total Chaos bersama band tempatan seperti DOYC dan Kopix. Tiket awal hanya RM85, jadi cepat dapatkan sebelum habis!


5. Multicultural CNY Bazaar 2025

Tarikh: 22 – 28 Januari 2025
Masa: 11:00 pagi – 11:00 malam
Lokasi: Dewan Mulu, TM Simpang Tiga

image is not available

Bazaar Tahun Baru Cina ini menggabungkan budaya pelbagai kaum di Sarawak. Dari makanan tradisional hingga persembahan seni, ada sesuatu untuk semua orang di sini. Datang bersama keluarga dan rakan untuk pengalaman unik ini.


6. Pesta Paradise Beach Trombol

Tarikh: 18 – 19 Januari 2025
Masa: 8:00 pagi – 6:00 petang
Lokasi: Paradise Beach, Trombol, Kuching

image is not available

Bersedia untuk pesta pantai yang penuh dengan aktiviti menarik seperti membina istana pasir, sukan rakyat, karaoke, dan banyak lagi. Anjuran pelajar psikologi tahun 4 UNIMAS, acara ini pasti menjanjikan pengalaman menyeronokkan di tepi pantai.

Untuk anda yang suka join larian, boleh baca di bawah: