Casio MRG-D5000 Edisi Terhad Dilancarkan Pada Harga Hampir RM 300,000

DigitalLifestyle
2 Oct 2026 • 11:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jam tangan Casio jarang sekali dikaitkan dengan harga premium dan jumlah yang terhad. Tetapi semalam Casio MRG-D5000 telah dilancarkan secara rasmi di Jepun sebagai jam tangan paling mahal pernah mereka keluarkan juga dalam jumlah terhad 20 unit sahaja di seluruh dunia sempena ulang tahun ke-30 siri Casio MRG.

Image from: Casio MRG-D5000 Edisi Terhad Dilancarkan Pada Harga Hampir RM 300,000

RG-D5000 dilengkapi kaca nilam sementara tubuh pula menggunakan titanium dengan salutan DLC (Diamond-Like Carbon) yang menjadikan jam tangan ini cukup tahan lasak. Turut digunakan ialah MR-G Multi-Guard Structure yang menyerap hentakan.

Image from: Casio MRG-D5000 Edisi Terhad Dilancarkan Pada Harga Hampir RM 300,000

Ciri lain yang diberikan ialah kemampuan kalis air hingga kedalaman 200 meter dan dikuasakan sistem Tough Solar. Sokongan Multiband 6 diberikan untuk penyelarasan masa menggunakan isyarat radio di Jepun, Amerika Utara, Eropah dan China.

Casio MRG-D5000 dijual di Jepun pada harga ¥11,000,000 (~RM 284,553) dengan peluang membeli akan ditetapkan menerusi cabutan loteri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved