Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois

FootballSports
10 Mar 2025 • 12:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Casteels (kiri) umum persaraan tanda protes terhadap KBVB. Foto: Agensi

PENJAGA gol Belgium, Koen Casteels, mengejutkan dunia bola sepak apabila mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan sebagai tanda protes terhadap kepulangan semula pesaingnya, Thibaut Courtois.

Casteels, yang menjadi pilihan utama Belgium sejak 18 bulan lalu, berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

"Agak pelik apabila KBVB membuat pusingan 180 darjah dan menyambutnya kembali dengan tangan terbuka," kata Casteels yang beraksi untuk kelab Liga Pro Saudi, Al-Qadsiah

Courtois, yang enggan bermain di bawah bekas jurulatih Domenico Tedesco akibat perselisihan faham mengenai jawatan kapten pada pertengahan 2023, dilihat sudah bersedia untuk kembali selepas Belgium melantik Rudi Garcia sebagai jurulatih pada Januari lalu.

Casteels, yang mengawal gawang Belgium di Euro 2024 di Jerman, ketika mereka tersingkir di pusingan 16, sebelum ini merupakan penjaga gol simpanan Courtois.

Courtois, 32 tahun, yang memiliki 102 kaps antarabangsa dianggap antara penjaga gol terbaik dunia, telah bertemu Garcia dan menyatakan hasratnya untuk kembali ke skuad kebangsaan.

"Pertama sekali, saya rasa agak pelik apabila Courtois boleh menentukan sendiri sama ada dia boleh kembali atau tidak.

"Ini bukan sangat ditujukan kepada Thibaut, tetapi lebih kepada KBVB. Ini tidak sesuai dengan standard dan nilai yang saya pegang tentang apa itu sukan berpasukan atau organisasi sukan.

"Mulai hari ini, saya tidak lagi bersedia (untuk pasukan kebangsaan)," tambahnya.

Keputusan Casteels ini mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan komuniti bola sepak Belgium, dengan ramai yang mempersoalkan tindakan

KBVB yang dilihat mengutamakan individu berbanding pasukan.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved