Castrol Superbike Fest APAC 2026: Himpunan ‘Biker’ 8 Negara Terbesar Bakal Gegar Vietnam Mei Ini

31 Jan 2026 • 9:27 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available


HO CHI MINH CITY – Kalau anda tengah cari alasan nak tambah mileage padu pada odometer tahun ini, inilah masanya. Castrol secara rasmi dah ‘lepaskan klac’ untuk pelancaran Castrol Superbike Fest APAC 2026, satu gerakan serantau besar-besaran yang menjanjikan lebih daripada sekadar perjumpaan hujung minggu biasa.

image is not available


Berlangsung dari 29 hingga 31 Mei 2026 di syurga pantai Nha Trang, Vietnam, acara ini bakal menjadi perhimpunan jentera dua roda premium terbesar di rantau ini. Kita bercakap pasal lebih 2,000 bikers, wakil dari 100 kelab rasmi, dan penunggang yang datang dari lapan negara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina, Laos, Kemboja, dan Vietnam.


Bukan Sekadar ‘Meet-Up’ Biasa
Castrol meletakkan acara ini bukan sekadar festival, tapi sebagai tunjang utama kepada Castrol Superbike ASPAC Alliance. Matlamatnya? Untuk mendefinisikan semula maksud “premium” dalam dunia motosikal Asia dengan menggabungkan kejuruteraan prestasi, komuniti, dan budaya gaya hidup dalam satu ekosistem.


Menurut Victor Cheong, Pengarah Pemasaran Castrol Asia Pacific, ini adalah pelan jangka masa panjang. “Budaya Superbike melambangkan kemuncak aspirasi, kejuruteraan, dan semangat (passion). Dengan menyatukan komuniti ini merentasi sempadan, kami mengangkat kedudukan premium Castrol dan membina hubungan emosi yang lebih mendalam dengan penunggang,” kata beliau.


Bagi kita yang lebih sukakan perjalanan (ride) berbanding destinasi semata-mata, festival ini dimulakan dengan jelajah menunggang rentas desa antarabangsa. Konvoi dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Kemboja, dan Laos akan menunggang melalui laluan serantau yang mencabar, sebelum akhirnya bertemu di Vietnam sebagai simbol perpaduan ASEAN.


Sebaik tiba di Nha Trang, aksi akan berlangsung selama tiga hari dua malam merentasi lokasi-lokasi ikonik, menghubungkan pusat bandar dengan lanskap pantai Vietnam yang memukau.


Apa Yang Menarik Dalam Tentatif?
* Litar & Lasak: Demo prestasi Superbike, pertandingan pengendalian jentera (handling), dan cabaran adventure/off-road untuk kategori lain.
* Cuci Mata: Pameran superbike rare, kustom, dan ikonik dari jenama global terkemuka.
* Vibe Festival: Gala Selamat Datang, Gala Penutup Outdoor, perarakan (parade rides), dan sesi networking komuniti.
* Jelajah Pasca-Acara: Bagi yang tak puas lagi, ada perjalanan touring sejauh lebih 200km merangkumi Nha Trang, Ninh Thuan, Binh Thuan, dan Da Lat untuk layan selekoh dan pemandangan.


Pengalaman ‘Homeland’ & Teknologi


Tak sah kalau acara Castrol tak cerita pasal minyak pelincir. Di tengah-tengah festival ini adalah Castrol HOMELAND Experience. Ini ibarat pit lane besar untuk penunggang biasa, menawarkan percubaan produk, penukaran minyak, dan pemeriksaan teknikal serta klinik tunggangan.


Ia medan ujian terbaik untuk Castrol POWER1 Ultimate, produk premium jenama ini. Kata Cheong, keadaan festival, kelajuan tinggi, rupa bumi kasar, dan tuntutan teknikal adalah tempat di mana produk premium terbukti, “bukan sekadar kata-kata, tapi dalam aksi sebenar.”.


Cara Penyertaan
Sama ada anda kaki litar, penunggang jarak jauh (tourer), atau sekadar meminati budaya permotoran, pendaftaran kini dibuka.
* Tarikh: 29 – 31 Mei 2026
* Lokasi: Nha Trang, Vietnam
* Daftar di: superbikefest.com


Siapkan jentera anda, geng. Jumpa di Nha Trang nanti!

The post Castrol Superbike Fest APAC 2026: Himpunan ‘Biker’ 8 Negara Terbesar Bakal Gegar Vietnam Mei Ini appeared first on TW Media.

View Original Article