Catherine Zeta Jones, Michael Douglas Sambut Krismas Di India

25 Dec 2023 • 10:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Berbeza dengan tradisi pulang ke kampung atau menyambut perayaan Hari Natal di negaranya, pasangan terkenal Catherine Zeta Jones dan Michael Douglas meraikan Krismas bercuti bersama anak-anaknya di India.

Menerusi perkongsian di Instagram, aktres cantik itu memperlihatkan dirinya gembira bergambar dengan beberapa wanita tempatan yang memakai sari.

Pada ruangan kapsyen dia menulis: “Menyambut Krismas di India bersama wanita-wanita cantik ini.

image is not available

Jones sebelum ini mengatakan sudah lama jatuh cinta dengan India dan dunia perfileman mereka.

“Saya jatuh cinta dengan negara ini (India). Saya juga peminat setia dunia perfileman India. Anak-anak saya juga menonton Om Shanti Om.

“Saya sangat menyukai  The Lunchbox. Ia meninggalkan kesan buat saya dan sangat istimewa,” ujarnya.

image is not available