Cavakita Restoran, Tawar Pengalaman Epik Makan Atas Rooftop Dengan View Bandar Miri

5 Dec 2023 • 11:41 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Makan atas rooftop sambil lihat view bandar Miri!

Cavakita Restoran, Tawar Pengalaman Epik Makan Atas Rooftop Dengan View Bandar Miri. Cavakita Rooftop Restaurant and Bar adalah satu lagi tempat menarik yang baru sahaja dibuka di Bandaraya Miri.

Restoran ini menyediakan makanan berkonsepkan Latin-Amerika dan digabungkan bersama pelbagai pilihan minuman cocktail dengan citarasa tempatan.

image is not available
Cavakita Restoran, Tawar Pengalaman Epik Makan Atas Rooftop Dengan View Bandar Miri. Kredit: MCSC

Tempat ini akan memberikan pengalaman menikmati hidangan anda sambil melihat keindahan matahari terbenam.

Mesti menarik makan sambil lihat matahari terbenam

Dengan suasana yang menarik dan makanan yang sedap, Cavakita Rooftop Restaurant and Bar pasti memikat ramai pelanggan yang ingin mencuba pengalaman yang berbeza daripada biasa.

image is not available

Cavakita Rooftop Restaurant and Bar terletak di Mercure Miri City Centre, mempunyai suasana santai yang menawan dengan pemandangan bandar Miri yang menakjubkan.

Makanan pula unik dan sedap dengan citarasa Latin-Amerika

Pelbagai hidangan terdapat di restoran ini, seperti pilihan hidangan utama antaranya nachos bersama sos guacamole serta pelbagai jenis hidangan pembuka selera yang rare buat anda!

image is not available

Jika anda ingin merasai pengalaman menikmati hidangan yang unik dengan pemandangan bandar yang menakjubkan, Cavakita Rooftop Restaurant and Bar adalah destinasi terbaik untuk anda.

Lokasi: Cavakita, Level R Mercure Miri City Centre.

Waktu operasi: 4 petang hingga 12 malam

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/cun-untuk-lepak-warung-gita-jadi-port-santai-baru-buat-warga-kuching/

https://www.iloveborneo.my/rainbow-slide-terpanjang-di-sarawak-jadi-tarikan-baru-buat-pengunjung-di-coco-cabana-miri/