Restoran Dalam Bas Dengan Gaya Vintaj, Nikmati Rasa Keunikan Di Beware Cafe Miri

5 Dec 2023 • 2:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kali ini anda kena cuba restoran di dalam bas pulak

Restoran Dalam Bas Dengan Gaya Vintaj, Nikmati Rasa Keunikan Di Beware Cafe Miri. Kalau sebelum ini ramai membayangkan menikmati sajian enak dalam kereta api sudah cukup unik, namun pernah kah anda terfikir makan di dalam bas dijadikan pilihan trend yang terbaharu?

Untuk merasai keunikan restoran dalam bas dengan gaya vintaj, anda boleh ke Beware Cafe yang terletak di Tudan Bas Terminal, Miri. Pada mulanya, ramai yang menyangka ianya hanya sekadar bas biasa tetapi rupanya ia sebuah restoran yang menyajikan pelbagai menu sedap dan harganya berpatutan.

image is not available
Restoran Dalam Bas Dengan Gaya Vintaj, Nikmati Rasa Keunikan Di Beware Cafe Miri. Sumber gambar: FB Beware Cafe

Restoran bas pertama di Sarawak

Restoran ini merupakan restoran bas yang pertama di Sarawak. Sudah tentu ianya agak terkenal kerana memberikan anda pengalaman nikmati makanan dengan gaya berbeza. Uniknya kerana anda juga dapat menikmati makan malam di dalam bas.

image is not available
Restoran Dalam Bas Dengan Gaya Vintaj, Nikmati Rasa Keunikan Di Beware Cafe Miri. Sumber gambar: FB Beware Cafe

Kedai ini juga dilancarkan pada 10 Februari 2022 lepas. Mereka turut menyediakan makan tengahari, high tea dan makan malam khas untuk anda yang ingin merasakan pengalaman restoran bas ini.

Kafe ini menyajikan pelbagai masakan Barat dan Asia. Mereka terutamanya dikenali dengan ikan bakar yang sedap dan kway teow goreng ala Thai, yang digoreng dengan kacang tanah. Selain itu, kafe ini menawarkan pilihan hidangan Barat, menjadikannya pilihan serbaguna untuk pelbagai selera.

image is not available
Restoran Dalam Bas Dengan Gaya Vintaj, Nikmati Rasa Keunikan Di Beware Cafe Miri. Sumber gambar: FB Beware Cafe

Pelbagai jenis hidangan yang disediakan

Sambil anda merasai suasana yang lebih mesra dan romantik apabila makan bersama orang tersayang di atas meja yang diubahsuai di dalam bas, anda juga dapat menjamah pelbagai jenis hidangan masakan cina, westerner, makanan lokal Sarawak dan banyak lagi!

Restoran ini menggunakan bas terpakai gaya retro dan mengubahsuai tempat duduk beserta meja bagi membolehkan pelanggan makan di sana. Setiap sudut daripada luar bas sehinggalah dalam bas sangat ‘Instagrammable’ untuk anda bergambar.

Lokasi: Tudan Terminal Bus, 98000 Miri
No telefon: 016 – 8706693 (Miss Fung) & 016 – 5229395 (Kelvin)
Waktu operasi: Setiap hari (8am – 12am)

Mempunyai cawangan lain, namun alamat yang sama, iaitu Beware Cafe R.S.C BBQ (Rora Rempah BBQ)

Sebuah cawangan Beware Cafe, dikenali sebagai R.S.C BBQ (Rora Rempah BBQ), juga terletak di alamat yang sama – Terminal Bas Tudan, Jalan Bypass Kuala Baram, Miri, Sarawak. Establisment ini dikenali untuk tawaran gourmetnya dan pilihan makanan yang pelbagai. Ia beroperasi dari 4:30 petang hingga 10:00 malam, dan nombor hubungan untuk cawangan ini adalah +60178585628

Baca juga artikel mengenai tempat menarik di Miri :

https://www.iloveborneo.my/burger-homemade-di-miri-yang-buat-anda-terliur/

https://www.iloveborneo.my/restoran-pilihan-di-miri-wajib-anda-cuba/