Cawangan Baharu Di Samarahan, Kedai Boba Tea Hicaa Bakal Dibuka Di Aiman Mall

30 Aug 2022 • 5:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik buat penggemar Boba!

Cawangan Baharu Di Samarahan, Kedai Boba Tea Hicaa Bakal Dibuka Di Aiman Mall. Di mana-mana ada boba sekarang ini. Salah satu jenama minuman boba terkenal dikalangan tempatan, Hicaa kini sudah boleh didapati di Samarahan.

Uuuu, best eh! Tak perlu nak singgah jauh-jauh ke Kuching lepas ni.

image is not available
Cawangan Baharu Di Samarahan, Kedai Boba Tea Hicaa Bakal Dibuka Di Aiman Mall. Sumber gambar: PamGoesTravelling.com

Mereka juga bakal buka cawangan baharu di Bintulu juga.

Untuk pengetahuan korang, HiCaa merupakan kedai Boba tempatan dan hanya boleh didapati di Sarawak sahaja. Kedai ini boleh tahan besar dan banyak cawangannya, antaranya di Batu Kawa, Vivacity, Emart Tabuan, iCom Square, dan juga di Riam, Miri.

Kedai Boba HiCaa ini merupakan salah satu kedai Boba tempatan yang disambut baik oleh penduduk di Sarawak. Bukan sahaja air boba nya yang enak, mereka turut menghidangkan pelbagai jenis snek. Sesuai untuk anda meluangkan masa bersama kawan-kawan anda!

image is not available
Sumber gambar: IG hicaa_official

HiCaa di Aiman Mall, Samarahan

Baru-baru ini, HiCaa telah memuat naik beberapa gambar acahan cawangan baharu HiCaa yang bakal dibuka di Aiman Mall menerusi laman Instagram rasminya. Sangat estetik dan modern minimalis!

Kalau korang tengok setiap cawangan HiCaa di Sarawak ini, memang semua tempat cantik! Walau bagaimanapun, masih belum diumumkan tarikh ianya bakal siap. But no worries! kitorang boleh tungguimage is not available

https://www.instagram.com/p/Ch3kDtIJ9lW/?utm_source=ig_web_copy_link

Apa minuman kegemaran anda di HiCaa? Kalau belum pernah cuba lagi, apa kata anda cuba menu semua jenis French Creme Series!

Dijamin takkan meneysal punyalahimage is not available

Lagi berita semasa anda boleh baca di pautan bawah: