Pelawak Shuib Sepahtu Tanya Pendapat Buka Cawangan Bubblebee di Sarawak, Ini Reaksi Netizen

26 Aug 2022 • 3:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wasehh mudahan Bubblebee dibuka kat Sarawak.

Pelawak Shuib Sepahtu Tanya Pendapat Buka Cawangan Bubblebee di Sarawak, Ini Reaksi Netizen. Kalau sebut sahaja pasal menu air, lagi-lagi yang dicampur dengan aiskrim dan honeycomb, mesti korang tahu kedai yang mana satu, kan? Mestilah kedai Bubblebee

Walaupun cawangan bubblebee ini hanya terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja, min yakin, mesti ada di antara korang yang dah pernah rasa Bubblebee ni, kan?

image is not available
Pelawak Shuib Sepahtu Tanya Pendapat Buka Cawangan Bubblebee di Sarawak, Ini Reaksi Netizen. Sumber gambar: FB Shuib Sepahtu

Sememangnya ini khabar gembira buat penduduk Sarawak!

Baru-baru ini, pelawak Shuib Sepahtu telah memuat naik gambar dirinya di Kuching, Sarawak menerusi laman Facebook. Beserta kapsyen menanyakan pendapat kepada netizen Sarawak untuk buka cawangan di Sarawak atau tidak.

Ada orang Sarawak kt sini??? Ok tak klu nak bukak BubblebeeMy kt Sarawak???”

FB Shuib Sepahtu

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian netizen sekelip mata, dan mendapat sehingga 13K tanda suka, 2.9K komen dan 2.2K kongsi di laman Facebook. Perkara ini sememangnya satu khabar gembira buat penggemar Bubblebee yang duduk di Sarawak.

image is not available
Sumnber gambar: FB Shuib Sepahtu

Kalau craving nanti, tak payah pergi jauh-jauh kan?

Walaupun terdapat banyak cawangan di Semenanjung, ianya masih mendapat sambutan ramai terutamanya penggemar honeycomb ini.

Apa yang menariknya Bubblebee ini, anda boleh dapatkan pelbagai jenis air minuman boba dan juga pelbagai perisa. Di sini juga, mereka menawarkan aiskrim dan yogurt. Waahh ni kalau minum masa musim panas camni memang syok, kan?

Perkongsian Shuib di laman Facebook telah mengundang ramai reaksi netizen, berikut adalah antara reaksi-reaksi tersebut:

image is not available
Sumnber gambar: FB Shuib Sepahtu

image is not available
Sumnber gambar: FB Shuib Sepahtu

image is not available
Sumnber gambar: FB Shuib Sepahtu

Ramai betul yang bagi cadangan suruh buka Bubblebee kat tempat-tempat berdekatan. Semoga murah rezeki ye Shuib, nanti bolehla buka cawangan dekat Borneo niimage is not available Min pun teringin nak rasa.

Lagi tempat makan menarik yang anda boleh cuba di Kuching. Baca pautan di bawah: