Cawangan Baru Di Heritage MetroCity, Warong2000 Akan Dibuka Esok

1 May 2024 • 5:07 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Operasi bermula pada 2 Mei (Khamis) dari jam 6 pagi hingga 2 pagi

Cawangan Baru Di Heritage MetroCity, Warong2000 Akan Dibuka Esok. Tinggal beberapa hari sahaja sebelum pembukaan rasmi Warong2000 Heritage Metrocity, lokasi terbaharu yang dinanti-nantikan oleh penduduk setempat.

Menurut laman Facebook Warong2000, pembukaan rasmi pada 2 Mei (Khamis), bermula jam 6 pagi sehingga 2 pagi, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai hidangan sedap yang disediakan di warung-warung tersebut.

image is not available
Cawangan Baru Di Heritage MetroCity, Warong2000 Akan Dibuka Esok

Terletak di kawasan MetroCity, pusat bandar yang pesat membangun, destinasi baharu ini menjanjikan kepelbagaian pilihan makanan yang luas merangkumi pelbagai citarasa dari seluruh negara.

Sama ada anda sedang mencari sarapan pagi yang lazat, makan tengah hari yang mengenyangkan atau snek ringan, Warong2000 Heritage Metrocity mempunyai pilihan untuk memenuhi semua citarasa. Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi destinasi baharu ini yang pastinya menjadi tumpuan penduduk setempat.