CCK berpotensi catat untung lebih baik pada 2HFY25 disokong musim perayaan akhir tahun, kata PublicInvest

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2025 • 12:53 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

CCK berpotensi catat untung lebih baik pada 2HFY25 disokong musim perayaan akhir tahun, kata PublicInvest

image is not available

28/08/2025 - 12:53

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Ogos - CCK Consolidated Holdings Berhad berpotensi mencatatkan keuntungan lebih baik pada separuh kedua tahun kewangan 2025 (2HFY25) disokong perbelanjaan musim perayaan hujung tahun serta pelaksanaan gaji minimum yang lebih tinggi, kata Public Investment Bank (PublicInvest).

Katanya, pada suku kedua FY25 (2QFY25), kumpulan itu melaporkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti teras susut 9.6% kepada RM17.8 juta, dipengaruhi perbelanjaan pengguna yang perlahan di Malaysia serta sumbangan lebih rendah daripada operasi Indonesia selepas pelupusan sebahagian pegangan kepada firma ekuiti swasta, Creador pada 2024.

Pendapatan suku tersebut merosot 4.9% kepada RM258.4 juta, terutamanya akibat jualan lebih rendah dalam segmen haiwan ternakan (-11.7%) dan runcit (-4.6% ).

"Bagaimanapun, operasi di Indonesia meningkat 15.1%, dengan permintaan kukuh bagi produk diproses yang mendorong kadar penggunaan kilang mencapai 90%.

"Meskipun pendapatan lebih rendah, margin untung sebelum cukai CCK meningkat kepada 10.2% dalam 2QFY25 berbanding 9.4% setahun lalu, disokong kos makanan ternakan yang lebih rendah dalam segmen haiwan ternakan serta harga jualan purata lebih tinggi dalam segmen udang.

Mengulas mengenai prospek, firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan jangka panjang CCK dijangka dipacu rancangan pengembangan di Indonesia, termasuk meningkatkan kapasiti pemprosesan tahunan kepada 60,000 tan metrik dan menembusi pasaran baharu seperti Medan dan Surabaya.

Kos makanan ternakan yang lebih rendah serta pengukuhan ringgit turut dijangka menyokong lagi marginnya.

Susulan prestasi lemah dalam separuh pertama FY25, unjuran untung bersih kumpulan dipotong antara 6% hingga 11%,

"Kami kekal positif terhadap prospek pertumbuhan kumpulan dengan saranan "outperform" dengan harga sasaran (TP) RM1.50 sesaham," katanya.- DagangNews.com

standard