
KUALA LUMPUR – Terdapat pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah di Yong Peng yang terkait dengan kematian Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, namun ia tidak berada di kawasan dipercayai berlakunya kejadian tersebut.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, sehubungan itu pihaknya sedang menambah baik dan mengambil tindakan terus berhubung kejadian itu.
“Sekolah itu ada CCTV, cuma CCTV tidak dipasang di tempat kejadian jenayah itu berlaku. Jadi kita sedang tambah baik, kita ambil tindakan terus,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Dalam pada itu, beliau meminta mana-mana sekolah yang mempunyai CCTV, tetapi tidak berfungsi atau rosak, boleh memaklumkannya kepada pihak Kementerian Pendidikan.
“Sila maklumkan kepada kita untuk kita sama-sama tambah baik dan ambil tindakan terhadap fungsi CCTV agar ia berfungsi merakam dan merekodkan kejadian di sekolah,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post CCTV di sekolah Irene Sofiya tidak berada di tempat kejadian appeared first on Kosmo Online.





