CCTV pantau individu buang sampah haram

4 Feb 2023 • 2:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MBS pantau CCTV di Jalan Lama Bukit Putus.

image is not available
Penguat kuasa MBS memeriksa kereta yang dibiarkan tersadai di Jalan Lama Bukit Putus. Foto: Facebook MBS

SEREMBAN - Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di Jalan Lama Bukit Putus di sini.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, masalah pembuangan sampah haram di situ masih berterusan meskipun telah diambil tindakan pembersihan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal (Swcorp).

"Kebanyakan CCTV kita fungsi utamanya untuk pemantauan keadaan lalu lintas, tapi ada juga yang dipasang di lokasi 'hotspot' tertentu.

"Bagi CCTV di laluan masuk Jalan Lama Bukit Putus, ia sememangnya sudah ada sebelum ini tetapi kita telah ubah arah rakamannya bagi memantau lori keluar masuk di situ yang kemungkinan membawa sampah pukal untuk dibuang," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memperbanyakkan lagi pemasangan CCTV di kawasan perindustrian yang berpotensi menjadi lokasi pembuangan sampah haram.

Ujarnya, setakat ini terdapat 63 CCTV di sekitar Seremban dan Nilai yang dipasang kebanyakannya di kawasan bandar.

"CCTV jenis mudah alih, boleh dipindahkan di mana-mana lokasi yang dirasakan kritikal dan ini cara kita nak bantu Swcorp untuk mengurangkan pembuangan sampah haram ini.

"Jadi saya nasihatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab, bukan ambil jalan mudah buang sampah di tepi jalan.

"Yang pastinya tindak tanduk anda kini diperhatikan pihak berkuasa," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved