Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial memaparkan detik cemas dialami seorang warga emas apabila rumahnya dimasuki seorang lelaki bertopeng.
Kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 4.30 pagi ketika mangsa yang tinggal bersendirian sedang makan di meja makan.
Suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai Ali dilihat memasuki rumah dan terus menghampiri mangsa sebelum meminta warga emas itu supaya diam dan teruskan makan.
“Awak datang macam mana ni?” soal mangsa dalam keadaan bingung.
Bagaimanapun, lelaki berkenaan sekali lagi mengarahkan mangsa supaya tidak bersuara dan tidak bergerak.
Kejadian pecah rumah warga emas dan menyamun seorang nenek dekat Kampung Melayu Simpang Renggam pada pukul 4.30pagi 6 Ogos 2025 #AkuBudakKluang #KeArahLebihBaik #DefendOurDistrict #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp
Baca juga:
Dalam rakaman tersebut, kedengaran beberapa kali mangsa beristighfar apabila suspek bertindak menyelongkar barang-barang peribadinya.
Suspek kemudian mengambil dompet milik warga emas tersebut dan mengeluarkan wang tunai daripadanya. Walaupun mangsa cuba menghalang, suspek tetap bertegas meminta mangsa diam.
Situasi menjadi lebih tegang apabila mangsa menjerit meminta tolong, menyebabkan suspek bertindak menekup mulut warga emas itu.
Tindakan tidak berperikemanusiaan suspek tersebut mengundang kemarahan orang ramai di media sosial, yang mendesak pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
The post CCTV rakam detik cemas warga emas didatangi pencuri bertopeng appeared first on The Reporter.





