‘Penyamun Sopan’ Suruh Teruskan Makan, Minta Warga Emas Tak Ganggu Selongkar Rumah

7 Aug 2025 • 11:00 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
‘Penyamun Sopan’ Suruh Teruskan Makan, Minta Warga Emas Tak Ganggu Selongkar Rumah

Seorang wanita warga emas di Kampung Melayu, Simpang Renggam berdepan detik mencemaskan apabila rumahnya dimasuki ‘penyamun sopan’ bertopeng kira-kira jam 4.30 pagi Rabu lalu.

‘Penyamun sopan’ masuk rumah warga emas

Menerusi video yang tular di media sosial, suspek yang digelar netizen sebagai ‘penyamun sopan’ itu dilihat menyuruh mangsa meneruskan makan dan jangan ganggu semasa dia menyelongkar rumah.

‘Penyamun sopan’ ambil barang berharga dan wang tunai

Kejadian tersebut berjaya dirakam melalui kamera CCTV yang dipasang di dalam rumah dan kini tular di media sosial.

Difahamkan, rakaman berdurasi hampir 3 minit itu menunjukkan suspek berpakaian biru gelap masuk ke ruang tamu dan mencari barang berharga termasuk wang tunai.

image is not available

Mangsa yang tinggal seorang diri sempat bertanya “Awak datang dari mana?” namun suspek dengan tenang meminta wanita itu supaya tidak bangun dan terus duduk diam.

Suspek juga dilihat tidak membawa sebarang senjata tajam, malah dipercayai sedar akan kehadiran CCTV di rumah tersebut.

Mangsa kemudian cuba menjerit selepas dompetnya dirampas, namun suspek segera beredar tanpa mencederakannya.

image is not available

Semoga penyamun segera ditangkap

Rakaman kejadian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila meninggalkan komen di ruangan TikTok akubudakkluang_official.

Ada yang mendakwa bahawa mungkin suspek adalah orang terdekat memandangkan dia seolah-olah sudah mengetahui keberadaan warga emas berkenaan yang tinggal bersendirian di rumah.

image is not available

Dia bukan simpati, dia buat untuk elak provokasi

image is not available

Rasanya mungkin orang terdekat

image is not available

Wajah suspek juga tidak dapat dikenal pasti kerana bertopeng, namun polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berdasarkan rakaman yang ada.