Cedera Di Kepala Dan Kaki, Akhyar Rashid Jadi Mangsa Samun

3 May 2024 • 10:03 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemain Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid cedera apabila dipercayai menjadi mangsa samun ketika berada di Terengganu.

Menerusi satu hantaran di akaun rasmi @officialTerengganufc, kejadian yang menimpa Akhyar berlaku kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

TFC berkata, insiden terbabit telah menyebabkan Akhyar atau lebih mesra dipanggil Mat Ya mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kakinya.

“Dukacita dimaklumkan, pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid telah menjadi mangsa samun yang berlaku sekitar jam 8.30 malam tadi.
“Insiden ini menyebabkan Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil,” katanya.

Walaupun begitu, Akhyar yang telah dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu kini berada dalam keadaan stabil.

image is not available

Foto: Harian Metro

Dalam pada itu, kelab pasukan itu menjelaskan bahawa mereka memandang serius berhubung insiden yang membabitkan pemain berusia 25 tahun itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut.

image is not available

Foto: Instagram Akhyar Rashid

“Kelab Terengganu FC memandang serius terhadap perkara yang berlaku kepada beliau. Pihak PDRM juga sedang membuat siasatan terhadap perkara yang berlaku,” ujarnya.

Selain mendoakan kesembuhan, TFC juga menyeru orang ramai supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi liar bagi mengelakkan berlakunya gangguan ketika proses siasatan pihak berkuasa.

Sekadar info, teman lelaki kepada pelakon Eyka Farhana itu dilaporkan telah dipukul menggunakan cota dan telefon bimbit serta dompetnya telah dilarikan oleh suspek.

Sumber: Instagram @officialTerengganufc, X @update11111

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved