“Cedera di kepala, muka” – Kerana Berebut Harta, Pasangan Suami Isteri Dibunuh

Entertainment
6 Mar 2024 • 12:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perebutan harta boleh membawa kepada sesuatu yang sangat membahayakan, seperti yang berlaku di Manjung, Perak semalam.

Suami isteri ditemui mati di sebuah kebun sawit dalam kawasan Pantai Remis dipercayai berpunca daripada perebutan harta.

image is not available

Menurut laporan Sinar Harian, penemuan dua orang mangsa yang berusia 74 tahun itu dimaklumkan kepada pihak polis dalam pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nordin Abdullah berkata, siasatan dijalankan mendapati telah berlaku pertengkaran antara kedua-dua mangsa dengan seorang lelaki sebelum kejadian.

Difahamkan, pergaduhan itu melibatkan adik kepada si suami dan ianya berpunca daripada perebutan harta tanah kebun.

“Mayat suami isteri itu dijumpai dalam kebun dengan kecederaan di kepala dan muka kesan dilibas dengan sabit sawit.

Suspek kes itu berusia 61 tahun telah berjaya ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam laporan yang sama, beliau memberitahu mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat, pihak polis juga akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek esok bagi siasatan lanjut.

Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Asisten Superintenden Ashazarul Khairi Ab Hamid di talian 012-5087026.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.