“Cedera di tangan, telinga” – Adik Aisyah Hijanah ‘Expose’ Bukti Kakak Dipukul Suami

Entertainment
29 Nov 2023 • 5:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Belum reda kes influencer Aisyah Hijanah yang dimadukan oleh suaminya, Alif Teega, terbaru adik kepada Aisyah, Amirul Adni Rustam mengemukakan bukti perubatan di mana kakaknya dipukul oleh suami.

Sebelum ini, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif memuat naik IG Story yang menafikan dakwaan adik kepada isterinya itu yang menyatakan dia memukul isterinya.

Pun begitu, dalam IG Story terbaru, Amirul memuat naik beberapa laporan perubatan dari sebuah klinik yang memaparkan bukti kakaknya itu dipukul oleh Alif.

image is not available

Dalam laporan itu, difahamkan Aisyah telah pun didera beberapa kali pada tahun ini, salah satunya adalah pada 10 Oktober di mana dia cedera di bahagian tangan, ketika itu dia sedang mengandung 18 minggu.

Terbaru ialah pada 8 November. Ianya berlaku selepas kedua-dua mereka berbalah mengenai orang ketiga (wanita) dan mereka difahamkan sedang berebut SD card yang mempunyai bukti berkenaan isu itu.

“Suami menarik tangan kanannya dan menolaknya ke lantai, dia kemudian sempat bangun sebelum suaminya menariknya dan menghempasnya ke belakang katil.

Dia cuba mempertahankan diri dengan menyepak kaki suaminya kemudian suaminya menampar mukanya,” tulis laporan itu.

Aisyah didapati cedera di bahagian tangan kanannya serta lebam di bahagian telinga kanannya daripada insiden itu.

image is not available

Dalam IG Story adiknya, difahamkan mereka akan bertemu untuk menyelesaikan perkara ini dan adik kepada Aisyah itu sempat memberikan kata-kata amaran kepada abang iparnya itu.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved