Cedera Dipukul, Bil Rawatan Hospital Penyokong Skuad Kebangsaan Ini Akan Ditanggung Oleh Persatuan Bola Sepak Thai

Entertainment
15 Dec 2024 • 3:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang penyokong Malaysia telah dikejarkan ke hospital kerana cedera akibat dipukul oleh penyokong fanatik Thailand selepas perlawanan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (Piala AMEC) antara Malaysia dan tuan rumah, Thailand.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, penyokong Malaysia yang menjadi mangsa pukul oleh kumpulan Casual Thailand itu telah berjaya diselamatkan oleh penyokong Thailand yang lain. Mangsa telah menjalani ujian imbasan di Hospital Smitivet akibat daripada hentakan yang dikenakan kepadanya.

Pihak Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) berkata, kos rawatan dan bil hospital mangsa akan ditanggung oleh badan induk itu dan mangsa turut memaklumkan FAT keinginannya untuk meneruskan rawatan di Malaysia.

image is not available

Dalam perlawanan peringkat Kumpulan A Piala AMEC itu, Thailand telah berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-57 sekaligus menewaskan pasukan pelawat, Malaysia dalam aksi di Stadium Rajamangala semalam.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.