Cedera ditikam, Mari dibenarkan keluar hospital

Football
31 Oct 2022 • 12:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mari dimasukkan ke hospital sebelum ini selepas ditikam oleh individu ketika membeli-belah di sebuah pasar raya di Itali baru-baru - FOTO- Instagram Pablo Mari

PEMAIN Arsenal yang dipinjamkan ke Monza, Pablo Mari dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan akibat ditikam dengan pisau di sebuah pasar raya di Itali baru-baru.

Perkembangan itu disahkan Monza dalam satu kenyataan pada Ahad sambil memaklumkan pemain itu masih perlu berehat.

“Pablo Mari telah keluar dari hospital pagi ini (Ahad), serta sudah pulang ke rumah dan kini sedang memulakan tempoh rehat panjang.

“AC Monza mengucapkan terima kasih kepada Profesor Osvaldo Chiara dan semua profesional Pusat Trauma Hospital Niguarda di Milan.

"Pablo, kami sedang menunggu kamu!,”kata kenyataan itu.

Mari sebelum ini merupakan salah seorang daripada beberapa mangsa yang diserang di pasar raya Carrefour di Assago, oleh seorang lelaki yang mengalami masalah psikologi.

Dalam insiden tersebut, empat orang dialporkan cedera dan pelaku berusia 46 tahun ditahan polis, selepas senjatanya dirampas bekas pemain pertahanan Napoli dan Inter Milan, Massimo Taranto.