Baru-baru ini, tular di media sosial sepasang suami isteri iaitu pengusaha kedai roti naan cedera selepas disimbah asid oleh seseorang yang tak dikenali.
Kejadian itu berlaku ketika mereka baru memasuki lif di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves. Mujurlah, ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu.

Menerusi hantaran di Facebook Khairy Adli, mangsa difahamkan melecur teruk di bahagian mata dan badan akibat perbuatan tersebut.
Terbaru, Sinar Harian melaporkan tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari dan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.
Tertuduh yang merupakan seorang warga emas lingkungan 60-an tiba sekitar jam 9 pagi memakai jubah biru sambil diiringi pihak polis.
Tertuduh bagaimanapun dilihat menangis teresak-esak ketika berada di mahkamah.
Kredit: Sinar Harian


