Cedera Pengawas Sekolah Dengan Kerusi Plastik, Pelaku Remaja Akan Mengetahui Nasib Pada 2 Februari

30 Dec 2022 • 6:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Mahkamah Majistret Kuching menetapkan 2 Februari 2023 untuk mendengar laporan akhlak

Cedera Pengawas Sekolah Dengan Kerusi Plastik, Pelaku Remaja Akan Mengetahui Nasib Pada 2 Februari. Dilaporkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun akan mengetahui nasibnya pada 2 Februari selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap rakan sekelasnya menggunakan kerusi plastik.

Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 2 Februari untuk mendengar laporan akhlak bagi kes berkenaan.

image is not available
Cedera Pengawas Sekolah Dengan Kerusi Plastik, Pelaku Remaja Akan Mengetahui Nasib Pada 2 Februari

Membaling kerusi plastik ke arah pengawas setelah ditegur memakai selipar dalam dewan makan

Menurut laporan, remaja terbabit bertindak untuk mencederakan seorang pengawas apabila mangsa menegur remaja itu memakai selipar dalam dewan makan sekolah.

Berdasarkan fakta kes, remaja tersebut melakukan kesalahan itu di dewan makan sebuah sekolah berasrama penuh di Kuching pada sekitar jam 6:30AM pada 2 November 2022.

image is not available
Pesalah remaja (kanan) berjalan bersama bapanya di Kompleks Mahkamah Kuching. Kredit: The Borneo Post

Difahamkan, mangsa telah bersemuka dengan remaja berkenaan apabila remaja itu dilihat memakai selipar dan dalam kemarahan, remaja itu membaling sebuah kerusi plastik ke arah mangsa.

Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dahi dan mata dan kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan. Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis dan tertuduh ditahan pada 22 November 2022.

Boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menetapkan 2 Februari untuk mendengar laporan akhlak pesalah muda itu.

Pendakwaan kes oleh ASP Rogayah Rosli, manakala pesalah muda itu tidak diwakili peguam bela.