
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan tarikh perbicaraan pada 24-25 Julai tahun depan bagi seorang pengawal keselamatan yang didakwa merogol remaja perempuan berumur 17 tahun.
Hanafie Roslan, 22, akan dibicarakan atas dakwaan kesalahan itu selepas ditetapkan oleh Hakim Noor Hafizah Mohd Salim apabila kesnya dijadualkan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan pada Khamis.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Dia didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Tuaran sekitar Ogos tahun ini.
Tertuduh, yang diwakili oleh peguam Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman, memberitahu mahkamah, bahawa dia sudah menerima 16 dokumen untuk digunakan dalam perbicaraan itu daripada pendakwaan. Peguam Muhamad Amirul Amin tampil untuk Mohd Ari Nadzrah.
Bagaimanapun, pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa semua dokumen sudah diberikan kepada tertuduh kecuali laporan perubatan mangsa dan gambar berwarna yang belum tesedia.
Tertuduh kini dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan dua orang penjamin tempatan, dan diperintahkan untuk melaporkan diri di balai polis dua kali sebulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan, sementara menunggu kesnya selesai.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

