Cederakan OCPD Dang Wangi perbuatan keji dan mesti dikecam: Anwar

LocalPolitics
11 Sep 2025 • 6:12 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata insiden menyerang sehingga mencederakan penjawat awam iaitu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Suzilme Affendy Sulaiman oleh pihak berkepentingan serta tidak bertanggungjawab adalah perbuatan keji dan mesti dikecam.

Justeru Perdana Menteri menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera serta memberkas dalang dan penyerang yang bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.

“Kerajaan hormat hak untuk berhimpun secara aman dan menyatakan pendirian, dan ia dibuktikan dengan konsisten melibatkan pelbagai himpunan sebelum ini.

“Namun, prinsip kebebasan juga menuntut kita untuk bertanggungjawab dan mesti patuh tunduk pada hukum, adab dan undang-undang,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Suzilme Affendy Sulaiman cedera di muka akibat terkena balingan batu ketika terlibat dalam mengawal keadaan semasa operasi pengosongan rumah dijalankan di Kampung Sungai Baru, di sini hari ini.

Beliau mengalami luka di bahagian kepala dengan berdarah mengalir di bahagian muka. Gambar kecederaan Suzilme kini tular di media sosial.

Menurut Anwar, berhimpun secara aman tidak seharusnya disalahguna untuk kepentingan politik sempit dan mencetuskan suasana tidak tenteram dalam kalangan rakyat.

“Keganasan yang disemai melalui hasutan, kebencian dan maklumat palsu tidak boleh sama sekali dibiarkan berakar dalam masyarakat,’’ katanya. - 11 September, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved