“Cekodok Pun Saya Ok”- Posting Lelaki Teringin Bakal Isteri Sediakan Bekal Setiap Hari Cetus Perdebatan

Family & ParentingLifestyle
13 Aug 2026 • 2:47 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Apabila berkahwin, lelaki mahupun wanita pastinya mempunyai harapan atau impian tersendiri terhadap pasangan masing-masing.

Yelah, ada yang mahukan suami yang ringan tulang, penyayang, bertanggungjawab dan sebagainya. Sama seperti wanita, lelaki juga mahukan isteri yang baik, melayani mereka dengan baik dan bermacam-macam lagi.

Lelaki jadi perhatian gara-gara titip pesan kepada bakal isteri mahu bekal

Baru-baru ini seorang lelaki telah menzahirkan harapan agar bakal isterinya menyediakan bekal sarapan setiap hari. Malah dia tidak kisah apa jenis bekalan tersebut walaupun hanya sekadar cekodok atau cucur yang dihidangkan.

Pesanan itu dititipkan oleh Muhammad Amrullah menerusi Threads selepas dia mendapat bekal mi goreng daripada ibu untuk sarapan.

Makan mi goreng dibekalkan ibu, lelaki mahu isteri buatkan bekal untuk sarapan pagi dan tak kisah walaupun cekodok

Menerusi video yang dikongsikan oleh Muhammad Amrullah, kelihatan dia begitu berselera menikmati mi goreng yang dibekalkan oleh ibunya sewaktu berada di dalam kereta.

“Mak bekalkan mi goreng pagi ni. To my future wife (kepada bakal isteri saya), tolong bekalkan saya sarapan setiap hari. Cekodok pun saya ok ,” tulisnya.

View on Threads

Ada yang kritik lelaki minta bekal pada isteri, siap labelkan ‘tak putus susu’

Hantarannya itu kemudiannya tular sehingga mendapat perhatian netizen, apabila ada yang meninggalkan komen mengkritik tindakannya yang meminta bekal daripada isteri apabila berkahwin nanti.

Bahkan ada yang mengeluarkan kata-kata sinis yang Amrullah tidak sepatutnya berkahwin sekiranya “masih belum putus susu (masih bawah jagaan ibu bapa).”

Image from: “Cekodok Pun Saya Ok”- Posting Lelaki Teringin Bakal Isteri Sediakan Bekal Setiap Hari Cetus Perdebatan

Hantaran itu turut membuatkan segelintir pengguna di Threads berasa kurang selesa dan ada yang mengatakan mereka yang berang atau ‘triggered’ mungkin sedang penat atau merasakan diri seperti bibik kerana diarah untuk melakukan sesuatu perkara seperti memasak.

Ada juga pengguna dari kalangan kaum wanita mengelarkannya sebagai ‘anak emak’ dan mahu isteri melayaninya sama seperti ibu.

Image from: “Cekodok Pun Saya Ok”- Posting Lelaki Teringin Bakal Isteri Sediakan Bekal Setiap Hari Cetus Perdebatan
View on Threads

Ramai sokong lelaki, permintaan mahu bekal bukan isu besar

Walaubagaimanapun, ramai pengguna tanpa mengira lelaki dan perempuan yang merasakan permintaan lelaki itu bukanlah isu yang perlu diperbesarkan.

Bahkan mereka berpendapat ia menunjukkan Amrullah menghargai air tangan isterinya dan tidak kisah bekal yang disediakan walaupun ia hanya sekadar cekodok.

Perbuatan isteri masak untuk suami dapat pahala

Tidak kurang ada yang menjelaskan perbuatan menyediakan makanan buat suami yang dilakukan oleh isteri sebagai pahala.

Namun ada juga para wanita yang tidak terkesan dengan hantaran Amrullah meminta bakal isteri untuk menyediakan bekal untuk sarapan paginya. Malah mereka secara suka rela mahu membuatkan perkara tersebut kepada suami penat mencari rezeki.

Terdapat juga pengguna yang kasihan dengan Amrullah, kerana siapa sangka hantaran meminta isteri untuk masakkan bekal dikecam teruk sehingga dilabel ‘anak emak’ dan sebagainya.

“Secara tak langsung, respon kepada pos ini kebanyakan dari kalangan wanita, boleh jadi benchmark kepada kualiti wanita sekarang dari sudut agama, adab dan tatatusila.”

Image from: “Cekodok Pun Saya Ok”- Posting Lelaki Teringin Bakal Isteri Sediakan Bekal Setiap Hari Cetus Perdebatan

“Bini pandai maask macam cef hotel kena curang, bini buat bekal bento comel-comel kena curang, bini bekerja tapi masih masak sarapan suami pun tak dihargai, ini bukan tentang memasak”

Image from: “Cekodok Pun Saya Ok”- Posting Lelaki Teringin Bakal Isteri Sediakan Bekal Setiap Hari Cetus Perdebatan

“Sebagai perempuan aku malu baca komen perempuan lain. Aku bangga bila suami aku buka bekal pagi-pagi makan dengan kawan-kawan sambil video call aku..”

Image from: “Cekodok Pun Saya Ok”- Posting Lelaki Teringin Bakal Isteri Sediakan Bekal Setiap Hari Cetus Perdebatan

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved