Celcom Kini Menawarkan Pelan “Celcom Home Wireless 5G” Dengan Kuota 1TB Pada Harga RM149 Sebulan

TechnologyDigital
24 Feb 2023 • 11:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Celcom kini dilihat menambah sebuah penawaran baharu dibawah pakej Celcom Home Wireless, iaitu dinamakan Celcom Home Wireless 5G. Ini merupakan pelan pertama dibawah pakej berkenaan yang menawarkan akses rangkaian 5G.

image is not available

Melalui pelan ini, pengguna boleh menikmati akses data dengan kuota 1TB pada harga RM149 sebulan. Ketika melanggan, pelanggan akan tertakluk kepada tempoh kontrak selama 24 bulan. Selepas melangkaui kuota data berkenaan, kelajuan akan dihadkan kepada 512Kbps sehingga tempoh pembaharuan bulanan seterusnya.

Pakej ini ditujukan kepada mereka yang inginkan akses internet berkelajuan tinggi mencapai 5G di rumah, melalui penawaran sebuah modem khas keluaran ZTE.

image is not available

Celcom mengatakan pengguna akan dapat menikmati kelajuan 5G melaluinya, dan ia akan turut menyokong rangkaian 4G sekiranya lokasi pengguna tiada sokongan rangkaian 5G buat masa ini.

Untuk pendaftaran juga, Celcom mengehadkan penawaran pakej ini di Lembah Klang sahaja buat masa ini, dan boleh didaftar melalui beberapa Bluecube sekitar Lembah Klang.