MahirTutor Menawarkan Akses Kepada Video Pembelajaran Tingkatan 1-6, Bermula RM10 Sebulan Untuk Satu Subjek

TechnologyDigital
19 Feb 2023 • 1:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Planet Mahir - Mahir Tutor

Planet Mahir kini memperkenalkan kemaskini kepada Mahir Tutor, sekaligus membolehkan orang ramai melanggan akses untuknya pada harga RM10 satu subjek, sebulan.

image is not available

Untuk makluman, Planet Mahir sedia menawarkan Mahir Tutor sebelum ini, dan menguji ia secara tertutup di sejumlah sekolah. Melalui kemaskini terbaru, ia akhirnya dibuka untuk langganan secara terbuka kepada semua seluruh dunia.

image is not available

Melalui Mahir Tutor, ia menawarkan video pembelajaran dan pengajaran melibatkan pelbagai subjek pendidikan melibatkan Tingkatan 1 sehingga ke Tingkatan 6 (STPM).

Bercakap mengenai sasaran masa depan, Mahir Tutor mengatakan kelak mereka akan menambah akses kepada mata pelajaran antarabangsa, termasuk A-Level dan juga IGCSE. Disamping itu, pada tahun ini, Mahir Tutor juga akan menambah subjek pembelajaran mengikut negara, termasuk untuk Singapura, Brunei dan Indonesia.

image is not available

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran Mahir Tutor ini di laman rasmi Planet Mahir hari ini.