Celcom lancar prabayar Xpax Unlimited 40, internet 4G/5G tanpa had dengan kelajuan 3Mbps

TechnologyDigital
17 May 2023 • 12:40 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

CelcomDigi kini memperkenal pelan tanpa had baru, prabayar Xpax Unlimited 40 di dalam kempen Jom 5G Bersama. Pelan ini menyediakan internet dan panggilan tanpa had, dengan akses ke rangkaian 5G. Bagaimanapun, pelan internet tanpa had semurah ini pasti ada syaratnya.

Dengan langganan RM40/bulan, pengguna Xpax Unlimited 40 akan menerima akses internet 4G/5G tanpa had, tetapi dengan kelajuan disekat ke 3Mbps sahaja. Tetapi pelanggan akan turut menerima internet berkelajuan tinggi sebanyak 10GB. Malah, Celcom menawarkan tambahan data berkelajuan tinggi sebanyak 5GB, jika mendaftar di cawangan mereka. Ia menjadikan data berkelajuan tinggi sebanyak 15GB untuk pelanggan dalam tempoh promosi, serta mengaktifkan langganan semula automatik.

image is not available

Selain itu, pelan ini memberikan data hotspot sebanyak 3GB dan panggilan tanpa had ke semua talian. Sebagai promosi tambahan, pelanggan baru juga akan mendapat kredit Touch n Go eWallet sebanyak RM5, sementara stok masih ada.

Tetapi perlu diingat, pelan tanpa had Xpax dikenakan polisi penggunaan saksama (FUP) sebanyak 60GB sebulan. Apabila pengguna mencapai had ini, kelajuan 3Mbps akan diturunkan lagi menjadi 512kbps. Kelajuan ini akan naik semula ke 3Mbps dalam kitaran langganan seterusnya. Maklumat lanjut tentang pelan ini boleh ditemui dengan melayari laman Xpax Prepaid.

image is not available

Pengguna CelcomDigi juga perlu beringat bahawa akses 5G percuma hanya sehingga 31 Mei 2023. Selepas itu, pengguna mungkin perlu membayar lebih untuk menggunakan rangkaian 5G yang disediakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Kerajaan baru-baru ini telah memutuskan untuk membangunkan rangkaian 5G kedua awal tahun hadapan, selepas DNB berjaya menembusi liputan 5G sebanyak 80% di kawasan berpenduduk. Tetapi CelcomDigi mengambil langkah menamatkan perjanjian pengambilalihan pegangan dalam DNB yang ditawarkan kerajaan tahun lepas. Bagaimanapun, CelcomDigi meyakin pengguna bahawa akses 5G akan terus disediakan kepada pelanggan kerana perjanjian akses 5G DNB masih berkuatkuasa.

Bacaan Berkaitan