Yes Wireless 5G menawarkan kuota 5G tanpa had hanya RM99/bulan

Digital
18 Apr 2023 • 1:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Salah satu masalah internet di Malaysia ialah liputan jalur lebar tetap yang terhad, akibat kekangan infrastruktur fizikal. Salah satu penyelesaian yang boleh anda dapatkan adalah dengan melanggan pelan 5G tanpa wayar.

Salah satu penyedia perkhidmatan 5G, Yes kini menawarkan promosi untuk pelan Wireless Fibre 5G mereka. Harga asal pelan ini ialah RM148/bulan, tetapi promosi ini memberikan diskaun RM50, menjadikannya hanya RM99/bulan. Tetapi diskaun ini hanya untuk 6 bulan pertama sahaja.

image is not available

Pelan Yes Wireless Fibre menawarkan data 5G tanpa had, tetapi dengan kelajuan disekat kepada 120Mbps. Masih lebih pantas berbanding pelan jalur lebar tetap 100Mbps. Tetapi jika liputan menjadi 4G, ia tidak lagi menjadi tanpa had tetapi menggunakan kuota 4G sebanyak 150GB sebulan.

Pelanggan pelan ini akan menerima penghala WiFi 6 Yes Infinite bernilai RM1,199 secara percuma. Tetapi pelanggan dikenakan kontrak selama 24-bulan. Jangan risau, Yes ada menyediakan polisi pemulangan 7-hari, jika pelanggan tidak mendapat liputan memuaskan atau prestasi internet perlahan.

image is not available

Seperti yang dimaklumkan, harga promosi RM99/bulan hanya diberi untuk 6 bulan pertama sahaja. Selepas itu, pelanggan perlu membayar harga biasa RM148/bulan. Jika ada pelanggan yang perlukan talian mudah alih, Yes juga ada menawarkan pakej gabungan iaitu pelan Yes Wireless Fibre dan dua pelan pascabayar Infinite Basic, pada harga RM190/bulan tetapi diikat dengan kontrak 24-bulan.

Yes 5G menggunakan rangkaian 5G yang disediakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB). Jika perlu, anda boleh memeriksa liputannya di sini. Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, DNB kini memiliki 55% liputan 5G di kawasan berpenduduk sehingga akhir Mac 2023. Kerajaan mensasarkan untuk mencapai 80% liputan 5G di kawasan berpenduduk, menjelang akhir tahun 2023.

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, layari laman web Yes Wireless Fibre 5G.

Bacaan Berkaitan