Celcom Xpax Prepaid 5G Menawarkan Data Sehingga 35GB Pada RM48/Bulan

TechnologyDigital
2 Aug 2023 • 6:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Celcom memperkenalkan Xpax Prepaid 5G, iaitu pelan prabayar baharu yang juga dikhususkan buat anda yang mahu nikmati pengalaman 5G tanpa bayaran tambahahan. Hal disebabkan oleh pelan baharu ini sedia menyokong 5G dengan harga langganan RM48 untuk sebulan. Ini juga adalah harga langganan yang sama ditawarkan pada Pelan Digi Prepaid Next 5G 48.

image is not available

Melalui pelan baharu ini, pengguna boleh menikmati data internet sehingga 35GB dengan kelajuan internet mencapai 100Mbps untuk 5G, namun dihadkan kepada 3Mbps pula untuk 4G/5G. Perlu dimaklumkan, langganan adalah termasuk 20GB untuk kuota asas dan 15GB kuota tambahan, yang mana promosi hanya terhad sehingga 2 Oktober 2023. Ini bermakna langganan ini akan dihadkan kepada kuota asas 20GB selepas tamatnya promosi. Turut disediakan adalah kuota tambahan hotspot 6GB, di samping sokongan panggilan tanpa had ke semua panggilan.