CelcomDigi Akan Menawarkan Pelan Gabungan Internet Fiber 300Mbps Dan Pascabayar 5G/4G Tanpa Had Pada Harga Bermula RM200 Sebulan

TechnologyDigital
30 Nov 2023 • 2:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bersama-sama pengenalan pelan pascabayar baharu, CelcomDigi turut mengumumkan akan menawarkan sebuah pelan baharu dinamakan CelcomDigi Postpaid 5G 260. Seperti pada namanya, ia berharga RM260 sebulan untuk pelanggan baharu, tetapi akan ditawarkan pada harga RM200 sebulan untuk pelanggan sedia ada.

image is not available

Dibawah pelan ini, CelcomDigi mengabungkan penawaran pelan internet fiber untuk rumah dan juga talian mudah-alih pada satu pelan mudah. Ia menawarkan internet 300Mbps untuk rumah, selain pelan pascabayar 5G/4G tanpa had. Pengguna juga akan diberikan diskaun 50% untuk langganan talian tambahan dibawah talian keluarga.

image is not available

CelcomDigi menyatakan penawaran ini akan aktif bermula Januari 2024 kelak. Ia akan ditawarkan pada harga RM250 sebulan (selepas diskaun RM10) untuk pelanggan baharu, dan juga pada harga RM200 sebulan untuk pelanggan Celcom atau Digi sedia ada yang menaik taraf ke pelan baharu ini.