Macbook Pro M3 mula dijual di Malaysia, harga dari RM7,499 hingga RM30,700

Digital
30 Nov 2023 • 4:15 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selepas hampir sebulan diperkenalkan pada majlis khas Scary Fast, kini Apple melancarkan Macbook Pro 14 & 16 dengan kuasa cip baru Apple Silicon M3. Kini pelanggan di Malaysia boleh membeli laptop terbaharu itu melalui laman web rasmi Apple.

Dengan siri cip M3, ia menawarkan peningkatan prestasi CPU dan GPU tetapi masih mengekalkan reka bentuk sama dengan model sebelumnya.

Harga Apple Macbook Pro 14 & 16

Macbook Pro M3 baharu tersedia dalam cip Apple M3, M3 Pro atau M3 Max dengan pelbagai konfigurasi CPU dan GPU yang direka untuk setiap keperluan. Anda boleh mengkonfigurasi mengikut spesifikasi sendiri di laman web rasmi Apple.

Berikut adalah harga Macbook Pro 14 dan 16 2024 di Malaysia:

Macbook Pro 14

image is not available

  • M3 8-Teras CPU + 10-Teras GPU, 8GB Memori, 512GB SSD RM7,499
  • M3 8-Teras CPU + 10-Teras GPU, 8GB Memori, 1TB SSD RM8,299
  • M3 Pro 11-Teras CPU + 14-Teras GPU, 18GB Memori, 512GB SSD RM9,999
  • M3 Pro 12-Teras CPU + 18-Teras GPU, 18GB Memori, 1TB SSD RM11,599
  • M3 Pro 14-Teras CPU + 30-Teras GPU, 36GB Memori, 1TB SSD RM14,799

Macbook Pro 16

image is not available

  • M3 Pro 12-Teras CPU + 18-Teras GPU, 18GB Memori, 512GB SSD RM 11,999
  • M3 Pro 12-Teras CPU + 18-Teras GPU, 36GB Memori, 512GB SSD RM 13,599
  • M3 Max 14-Teras CPU + 30-Teras GPU, 36GB Memori, 1TB SSD RM 15,999
  • M3 Max 16-Teras CPU + 40-Teras GPU, 48GB Memori, 1TB SSD RM 17,999

Di samping itu, Apple juga memperkenal warna baru iaitu Space Black tetapi untuk pilihan M3 Pro atau M3 Max sahaja, selain warna Perak. Bagi pilihan cip M3 biasa, ia ditawarkan dalam warna Kelabu dan Perak.

Jika anda membuat konfigurasi untuk model Macbook Pro berspesifikasi tinggi, iaitu Macbook Pro 16 dengan M3 Pro, pastikan anda bersedia untuk membayar harga yang lebih tinggi. Model yang telah dikonfigurasi sepenuhnya boleh mencapai harga RM30,700 untuk M3 Max 16-core CPU + 40-Core GPU, 128GB dan SSD 8TB.

Manakala untuk Macbook Pro 14 inci M3 Max 16-core CPU + 40-Core GPU, 128GB dan SSD 8TB pula boleh mencecah harga RM29,599. Hanya perbezaan RM1,100 antara kedua-dua laptop yang dikonfigurasi sepenuhnya itu.

image is not available

Anda boleh membuat tempahan untuk Macbook Pro 14 dan 16 dengan cip M3 di laman web rasmi Apple atau pengedar sah Apple berhampiran anda. Apple menawarkan penghantaran percuma dalam masa 1 hari bekerja untuk sebarang pesanan di laman webnya.

Bacaan berkaitan: