CelcomDigi Hadir Dengan Pas RM10 Untuk Penstriman Tengah Malam, FUP 80GB, Sah Selama 7 Hari – Sempena Piala Dunia FIFA

11 Jun 2026 • 8:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi Hadir Dengan Pas RM10 Untuk Penstriman Tengah Malam, FUP 80GB, Sah Selama 7 Hari – Sempena Piala Dunia FIFA

Bersempena dengan Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung bermula minggu ini, kini CelcomDigi hadir dengan penawaran khusus mereka, iaitu pas penstriman tengah malam tanpa had pada harga RM10 untuk 7 hari.

Image from: CelcomDigi Hadir Dengan Pas RM10 Untuk Penstriman Tengah Malam, FUP 80GB, Sah Selama 7 Hari – Sempena Piala Dunia FIFA

Melaluinya, ia menawarkan penggunaan data sehingga 80GB selama 7 hari, dan boleh digunakan antara 12 tengah malam sehingga 12 tengah hari. Pas ini tidak menawarkan perkongsian melalui hotspot.

Pada masa yang sama, pelanggan prabayar dan pascabayar yang melanggan pas ini turut boleh menggunakan penstriman RTMKlik tanpa kiraan kuota mereka selama 24 jam selama pas ini aktif.

Penawaran baharu oleh CelcomDigi ini boleh digunakan bermula 12 Jun 2026 ini oleh semua pelanggan pascabayar dan prabayar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved