CelcomDigi Mengumumkan Kemaskini Harga Untuk Pelan Jalur-Lebar – 100Mbps Kini Bermula RM99 Sebulan

TechnologyDigital
13 Oct 2023 • 10:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi sedia mempunyai penawaran pelan jalur-lebar fiber, dan turut menyediakan potongan harga khusus untuk para pengguna pelan pascabayar Celcom atau Digi. Kini, seperti Telekom Malaysia, CelcomDigi turut mengumumkan kemaskini untuk harga langganan mereka.

Kemaskini harga langganan baharu ini akan aktif untuk semua pelanggan baharu, dan juga pengguna pelan sedia ada. CelcomDigi turut menyatakan tiada sebarang lanjutan kontrak akan dilakukan, dan proses untuk semua pelanggan sedia ada adalah automatik.

Melalui pelan baharu ini, ia hadir dengan pakej permulaan 100Mbps pada harga RM99 sebulan – atau RM89 sebulan sekiranya anda merupakan pengguna pelan pascabayar Digi atau Celcom.

image is not available

Berikut merupakan harga pengenalan untuk pelan jalur-lebar baharu Celcom ini:

  • 100Mbps – RM99 sebulan
  • 300Mbps – RM139 sebulan
  • 500Mbps – RM159 sebulan
  • 800Mbps – RM249 sebulan
  • 1Gbps – RM289 sebulan

Pelanggan pascabayar sedia ada Celcom dan Digi akan menerima potongan sebanyak RM10 untuk langganan sekiranya melanggan pakej jalur-lebar 100Mbps sehingga 500Mbps. Untuk pelan 1Gbps pula, rebat RM20 disediakan, sementara tiada rebat untuk pelan 800Mbps.

Penawaran harga baharu oleh CelcomDigi ini dilihat sepadan dengan penawaran pihak TM Unifi melalui pelan baharu mereka. Tetapi, sekiranya anda merupakan pengguna pelan pascabayar sedia ada Celcom dan Digi, anda boleh berjimat sedikit dengan menggunakan pelan jalur-lebar CelcomDigiini.