CelcomDigi Perkenal Pas Perayauan 5G Tanpa Had – Bermula RM58 Untuk 7 Hari

TechnologyDigital
18 Aug 2023 • 3:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Januari lalu CelcomDigi mula menawarkan pelan perayauan 5G di 38 negara seluruh dunia. Pada waktu tersebut pelan ini mempunyai kekurangan di mana kuota data terhad antara 2-30GB bergantung kepada jumlah hari. Minggu ini CelcomDigi menawarkan dua pelan perayauan 5G baharu dengan kuota data tanpa had.

image is not available

Pelan pertama ialah perayauan selama 7 hari pada harga RM58 yang boleh digunakan di 20 negara iaitu Australia, Bangladesh, Brunei, China, Filipina, Hong Kong, India, Jepun, Kemboja, Korea Selatan, Laos, Macao, Myanmar, Nepal, New Zealand, Pakistan, Sri Lanka, Taiwan, Timur Timor dan Vietnam.

Sementara itu pelan kedua pula ialah perayauan selama 30 hari pada harga RM98 di 57 negara seluruh dunia iaitu Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Australia, Austria, Bangladesh, Belanda, Belgium, Brunei, China, Denmark, Estonia, Filipina, Ghana, Greece, Hong Kong, Hungary, India, Indonesia, Ireland, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Kemboja, Korea Selatan, Laos, Latvia, Lithunia, Macau, Malta, Mesir, Myanmar, Nepal, New Zealand, Norway, Oman, Pakistan, Perancis, Portugal, Qatar, Republik Czech, Romania, Rusia, Sepanyol, Singapura, Sri Lanka, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turkiye, UAE, UK, Uzbekistan, dan Vietnam.