CelcomDigi perkenal pas perayauan internet 5G tanpa had, dengan FUP di 57 negara

TechnologyDigital
18 Aug 2023 • 12:46 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pengguna Celcom dan Digi kini berpeluang menggunakan internet tanpa had di luar negara menerusi tawaran terbaru CelcomDigi. Malah, ia turut boleh digunakan dengan rangkaian 5G di negara yang menyediakan akses 5G.

Terdapat dua pas perayauan baru yang diumumkan CelcomDigi iaitu:

1. Pas perayauan Internet Tanpa Had 7-hari – RM58

Pas ini boleh digunakan di 20 negara Asia terpilih, menyediakan perayauan internet 5G tanpa had selama 7-hari.

2. Pas perayauan Internet Tanpa Had 30-hari – RM98

Pas yang lebih lama ini boleh digunakan di 57 negara terpilih di seluruh dunia, menyediakan perayauan internet 5G tanpa had selama 30-hari.

Kedua-dua pas ini boleh dilanggan oleh semua pelanggan prabayar dan pascabayar Digi, Celcom dan Xpax menerusi aplikasi MyDigi atau Celcom Life.

Tetapi pelan tanpa had pastinya akan datang dengan Polisi Penggunaan saksama atau FUP. Untuk pas perayauan ini, ia dikenakan FUP sebanyak 2GB sehari dan kelajuan akan disekat kepada 1Mbps apabila mencapai FUP. FUP ini akan ditetapkan semula pada pukul 11.59 malam setiap hari.

Bermakna, pas 7-hari memiliki FUP sebanyak 14GB manakala pas 30-hari ada FUP 60GB. Pas baru ini kelihatan seperti lebih berbaloi daripada pas Digi World Roaming 30 berharga RM95, yang memberi data 30GB untuk kegunaan sepanjang masa dan 30 minit panggilan di luar negara.

image is not available
Perayauan Internet 3-hari 4GB untuk Indonesia, Singapura dan Thailand

Jika anda ke luar negara untuk waktu lebih singkat, CelcomDigi ada menyediakan pas Perayauan Internet 3-hari berharga RM25. Pengguna akan menerima data 2GB dan 30 minit panggilan yang sah digunakan dalam tempoh 3 hari. Pas ini memberi data tambahan 2GB, menjadikan jumlah data 4GB jika dilanggan untuk negara Indonesia, Singapura atau Thailand.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran terbaru ini, layari laman web Digi Roaming dan Celcom Roaming.

Bacaan Berkaitan