CelcomDigi Perkenal Pas Tanpa Had Untuk Haji – RM138 Untuk 50 Hari

TechnologyDigital
17 Apr 2025 • 5:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi hari ini memperkenalkan pas khusus untuk mereka yang akan menunaikan haji, iaitu Pas Perayauan Haji. Pas ini ditawarkan pada harga RM138 bagi penggunaan selama 50 hari.

image is not available

Dengan penawaran ini, pengguna boleh kekal menggunakan kad SIM sedia ada, dan melakukan perayauan menggunakan rangkaian di Arab Saudi, seperti Mobily, STC, dan juga Zain KSA. Melalui pas perayauan ini, pengguna boleh menikmati internet tanpa had sehingga 1Mbps, 150GB data pada kelajuan tinggi, dan juga panggilan masuk tanpa had.

Untuk melakukan pembelian, pengguna hanya perlu melakukan pembelian menggunakan aplikasi Celcom Life atau MyDigi, dan pilih pembelian pas perayaun pada bahagian Add-Ons.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved