CelcomDigi Perkenalkan Langganan StreamMORE Bundles Baharu Bermula RM19.90 Sebulan

9 Jun 2026 • 2:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi Perkenalkan Langganan StreamMORE Bundles Baharu Bermula RM19.90 Sebulan

CelcomDigi melancarkan StreamMORE Bundles, perkhidmatan penstriman baharu yang menghimpunkan beberapa platform premium dalam satu langganan melalui aplikasi CelcomDigi. Pakej ini direka mengikut minat pengguna bagi membolehkan mereka menikmati pelbagai kandungan dengan lebih mudah tanpa perlu bertukar antara aplikasi.

Image from: CelcomDigi Perkenalkan Langganan StreamMORE Bundles Baharu Bermula RM19.90 Sebulan

Pakej StreamMORE Bundle baharu ini ditawarkan kepada pelanggan pascabayar dan prabayar dengan empat pilihan utama berikut:

  • StreamMORE Asian Bundle berharga RM19.90 sebulan dengan akses iQIYI VIP, Vision+ dan Viu Premium. Ia sesuai untuk peminat drama Asia, anime serta hiburan, disertakan 5GB internet dan penjimatan sehingga 64%.
  • StreamMORE Asian & Sports Bundle berharga RM39.90 sebulan dengan akses iQIYI VIP, sooka dan Viu Premium. Ia memberi fokus kepada kandungan Asia serta sukan langsung, disertakan 10GB internet dengan penjimatan 42%.
  • StreamMORE Sports Bundle berharga RM59.90 sebulan dengan akses Prime Video dan sooka Premium. Ia sesuai untuk peminat sukan serta filem blockbuster, disertakan 100GB internet dan penjimatan 17%.
  • StreamMORE Family Bundle berharga RM79.90 sebulan dengan akses Disney+ Premium, sooka Premium dan Viu Premium. Ia menawarkan hiburan keluarga merangkumi filem, drama serta sukan disertakan 10GB internet dengan penjimatan 33%.

Selain itu, CelcomDigi memperkenalkan Pas Harian berharga RM11.90 sehari melalui kerjasama dengan sooka. Ia menawarkan akses premium kepada kandungan sukan dan hiburan bersama 15GB internet dengan penjimatan 5% berbanding harga biasa di app store. Langganan boleh dibuat dengan mudah melalui aplikasi CelcomDigi, laman web rasmi, kedai CelcomDigi dan pengedar sah.