CelcomDigi Perkenalkan Pas Prabayar 5G Hyper Dan Power+ – Bermula RM30 Sebulan Untuk 50GB

LocalTechnology
28 Jan 2026 • 2:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

CelcomDigi memperkenalkan pas prabayar 5G Hyper dan Power yang menawarkan kebebasan 5G sepanjang hari, lengkap dengan panggilan tanpa had serta hotspot untuk sambungan lancar pada semua peranti.

image is not available

CelcomDigi Prepaid 5G Hyper ditawarkan pada harga RM30 dan RM35 bergantung kepada pilihan pelan. Pelan 5G Hyper 30 berharga RM30 hadir dengan 50GB kuota Internet, kelajuan Hyperspeed 5G/4G, penggunaan hotspot tanpa had, panggilan tanpa had ke semua rangkaian serta tempoh sah selama 30 hari. Sementara itu, pelan 5G Hyper 35 berharga RM35 menawarkan semua ciri yang sama tetapi dengan kuota Internet lebih besar iaitu 100GB.

image is not available

Bagi mereka yang memerlukan sokongan Internet 5G tanpa had untuk tujuan penstriman dan multitugas, CelcomDigi menyediakan pilihan pas 5G Power+. Pas 5G Power+ 55 berharga RM55 menawarkan Internet 5G/4G tanpa had dengan kelajuan sehingga 100Mbps, penggunaan hotspot tanpa had, panggilan tanpa had serta akses premium Viu dengan semuanya sah selama 30 hari. Manakala pas 5G Power+ 65 berharga RM65 turut menawarkan kesemua ciri tersebut dengan kelebihan tambahan iaitu tiada had kelajuan (no speed cap) serta akses Prime Video selama 30 hari.

image is not available

Perlu diberi perhatian bahawa kedua-dua pelan Power+ ini mempunyai Polisi Penggunaan Saksama (FUP) sehingga 200GB dan selepas had tersebut dicapai, kelajuan Internet akan disesuaikan mengikut ketetapan semasa. Pelanggan baharu boleh mendaftar di mana-mana CelcomDigi Store atau melalui pengedar sah manakala pelanggan sedia ada boleh melanggan melalui aplikasi CelcomDigi.